Tuesday, 28 July 2015

Keputusan Ujian Kelayakan SRAI (UKS)

assalamualaikum

bagi yang terlepas cerita, UKS ni hanya diadakan 1 kali setahun. UKS dibuat untuk pengambilan murid tahun 1 di semua Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) seliaan JAIS.

syarat-syarat kemasukan dan tips-tips peperiksaan dah masuk dalam entry lepas kat sini

peperiksaan bagi pengambilan tahun 1 bagi sesi 2016 telah diadakan pada 20 Jun 2015 (sabtu) lepas... yes!bulan puasa haritu laa..

syarat berpuasa penuh tidak dikenakan sewaktu menduduki exam ye ibu-ibu semua...jangan risau sangat ye ;p

ibu bapa diberitahu semasa taklimat, keputusan peperiksaan adalah muktamad. dijangka akan diumumkan pada 6 Julai 2015. bila cek hari tu result tak diumumkan lagi macam dalam entry ni.

keputusan penuh dikeluarkan secara online adalah pada 9 Julai 2015.
sangat mudah, link untuk cek result kat sini. kalau tak puas hati boleh pergi cek senarai nama yang ditampal kat sekolah pulak...hiks!

kaedah nak cek online mudah sangat, hanya masukkan no surat beranak/ mykad calon. paling mudah pakai no surat beranak yang ada abjad CE, CD,CF tu...

alhamdulillah kakak berjaya!sungguh diluar jangkaan sebab time exam tu drama sangat kannnn...



apa pun, mama, papa dan boy sangat berbangga dengan kakak!
XOXO!!

Friday, 17 July 2015

Syawal 1436

assalamualaikum

salam lebaran untuk semua kenalan dan taulan
ampun maaf jika terkasar kata terguris hati


Wednesday, 15 July 2015

EXAM SRAI: Hari Kejadian

assalamualaikum

#throwback

cita sket pada hari kejadian...hari exam SRAI

semua calon perlu ada di sekolah 30minit lebih awal
kami pun bersiap siaga dari selesai sahur terus readykan diri memasing
haruslah mama dengan papa yang lebih excited.hiks!

tepat 7:35pagi kami sampai di perkarangan sekolah mencari parking, punya la ramai umat.
sebelum tu singgah dulu di stesen minyak sebab kakak diberi excuse sahur lewat puasa. makan la roti favorite dan air kosong.

Wednesday, 8 July 2015

Pssttt Result SRAI

assalamualaikum



nampak tak tahap debar die besorr mane...??

ibu,mommy,mama,ummi diluar sana macam mane?

hiks!