Showing posts with label kidsuri. Show all posts
Showing posts with label kidsuri. Show all posts

Tuesday, 28 July 2015

Keputusan Ujian Kelayakan SRAI (UKS)

assalamualaikum

bagi yang terlepas cerita, UKS ni hanya diadakan 1 kali setahun. UKS dibuat untuk pengambilan murid tahun 1 di semua Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) seliaan JAIS.

syarat-syarat kemasukan dan tips-tips peperiksaan dah masuk dalam entry lepas kat sini

peperiksaan bagi pengambilan tahun 1 bagi sesi 2016 telah diadakan pada 20 Jun 2015 (sabtu) lepas... yes!bulan puasa haritu laa..

syarat berpuasa penuh tidak dikenakan sewaktu menduduki exam ye ibu-ibu semua...jangan risau sangat ye ;p

ibu bapa diberitahu semasa taklimat, keputusan peperiksaan adalah muktamad. dijangka akan diumumkan pada 6 Julai 2015. bila cek hari tu result tak diumumkan lagi macam dalam entry ni.

keputusan penuh dikeluarkan secara online adalah pada 9 Julai 2015.
sangat mudah, link untuk cek result kat sini. kalau tak puas hati boleh pergi cek senarai nama yang ditampal kat sekolah pulak...hiks!

kaedah nak cek online mudah sangat, hanya masukkan no surat beranak/ mykad calon. paling mudah pakai no surat beranak yang ada abjad CE, CD,CF tu...

alhamdulillah kakak berjaya!sungguh diluar jangkaan sebab time exam tu drama sangat kannnn...



apa pun, mama, papa dan boy sangat berbangga dengan kakak!
XOXO!!

Wednesday, 15 July 2015

EXAM SRAI: Hari Kejadian

assalamualaikum

#throwback

cita sket pada hari kejadian...hari exam SRAI

semua calon perlu ada di sekolah 30minit lebih awal
kami pun bersiap siaga dari selesai sahur terus readykan diri memasing
haruslah mama dengan papa yang lebih excited.hiks!

tepat 7:35pagi kami sampai di perkarangan sekolah mencari parking, punya la ramai umat.
sebelum tu singgah dulu di stesen minyak sebab kakak diberi excuse sahur lewat puasa. makan la roti favorite dan air kosong.

Wednesday, 8 July 2015

Pssttt Result SRAI

assalamualaikum



nampak tak tahap debar die besorr mane...??

ibu,mommy,mama,ummi diluar sana macam mane?

hiks!


Sunday, 21 June 2015

Telinga: Cara Penjagaan

assalamualaikum


nampak tak yang macam berkerak tu...
kakak mengadu sakit telinga.

nak sikat rambut terkena telinga sikit pon die mengaduh....heran
selalunya tak la sensitif sangat kann

biar dulu..

kakak demam..
panas 1-2 hari kebah
panas balik
pastu kebah sekajap
panas balik

dekat nak masuk 2 minggu macam tu....risau!

Monday, 1 June 2015

Ujian Kelayakan SRAI (UKS)

budak-budak sekarang memang banyak kena belajar cepat...!

rasenye semua sekolah pon sekarang kena buat test sebelum mula tahun satu kan...?

tujuan yang paling biase dengar ialah untuk tentukan kelas... senang la nanti cikgu-cikgu dan cikgi-cikgi nak mengajar mengikut tahap dan keperluan murid kan..

kalo kira zaman dolu-dolu belajar, tahun 1-3 kelas main campur je.. start tahun 4 baru diasing mengikut tahap-tahap yang ditetapkan... elok je jadi orang kan. hiks!

kad daftar masuk yang dapat selepas pendaftaran dibuat


Friday, 29 May 2015

Ice Pop vs Ais Krim Goyang

assalamualaikum

ini semua ais krim goyang punya pasal!

bagi yang tak tahu, ais krim goyang sekarang menjadi trend untuk majlis-majlis. macam birthday party, berendoi la...dan sports day haritu...

inilah rupanya ais krim goyang -mr.google

kerana ais goyang ni melayang hampir rm10

mana taknya, kakak and boy memang hantu aiskrim...kekejap nak, kekejap nak lagi...haiiiis
time sports day pulak memang la asik dahaga je kan. dengan berlari-lari lagi tawaf satu dewan...hiks!

harga memula tengok terkejut, rm 1 sebatang!


harga die memang bikin panas! -mr.google

Sunday, 17 May 2015

Maths & Science Theme

assalamualaikum

mengumumkan, perarakan masuk kontingen sukan Little Chaliph berarak masuk...!!
dengan semangat bebudak ni berjalan masuk....well done teachers!

alkisah hari sukan LC Sri Petaling

kakak teruja (ayat budak sekarang) sangat!

Thursday, 14 May 2015

Tips : Soalan Latihan UKS

assalamualaikum

ingat tak entry pasal SRAI :

pendaftaran-srai-tahun-2016

srai-vs-sk

nak share tips latihan untuk anak-anak pulak

lepas register hari tu, godek la cari bahan latihan sebagai persediaan berperang...hiks!

alhamdulillah ade jiran yang sudi tolong belikan contoh soalan latihan di sekolah tu jugak, sebab time nak pergi beli tu dah abes. sold out!

untuk panduan awal boleh baca disini

sebab ape yang nak kena perang teruk nih?

subjek yang akan disoal banyakkkkk....untuk budak 6 tahun!




Tuesday, 28 April 2015

Pendaftaran SRAI Tahun 2016

PERHATIAN!!

bukan marah tu, nak bagi mata bukak luas sket.. masa dah time untuk daftar srai

setelah puas survey pasal srai pada entry lepas, tak kan nak lepas peluang begitu saja kan

yang penting apply dulu, dapat xdapat belakang cite. hiks!

tarikh tutup adalah 30 April 2015 ye ibu ibu, bapak bapak...






dokumen yang diperlukan seperti berikut:
1) borang pendaftaran
2) borang permastautin (jika bapa bukan kelahiran selangor/alamat ic bukan selangor)
3) salinan surat beranak yang telah disahkan
4) salinan pendaftaran sk (yang register online tu...) yang telah disahkan
5) sampul surat beralamat sendiri dan stem (boleh beli kt sekolah time hantar borang)

syarat kemasukan srai boleh baca kat sini


selamat mendaftar semua

SRAI vs SK

SRAI ni singkatan untuk Sekolah Rendah Agama Integrasi. Alhamdulillah sekarang dah banyak sekolah yang seumpamanya. SRAI adalah sekolah dibawah seliaan kerajaan negeri selangor (JAIS).

untuk mengetahui senarai srai bukan jenis serai yang ada ;p yang ada boleh ke sini...

kebaikan:
1) sekolah 1 sesi dari tahun satu sampai tahun enam
2) sekolah kebangsaan dan sekolah agama satu tempat (sekolah yang sama)
3) waktu persekolahan yang sama sepanjang tahun 1 hingga 6 iaitu 7:30 pagi hingga 4 petang (isnin- khamis) 7.30 pagi hingga 12 tengahari (jumaat)
4) makan tengahari disediakan (bayaran bulanan yang berpatutan)
5) ...... sambung sendiri k..;p

Silibusnye seperti berikut, insyallah semua lengkap KBSR/SRA/KO-Kurikulum...





srai yang kami berkenan untuk register kakak next year adalah SRAI Seksyen 19, moga dipermudahkan...amiinn!

gambar credit pada mikamusz