Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Tuesday, 28 July 2015

Keputusan Ujian Kelayakan SRAI (UKS)

assalamualaikum

bagi yang terlepas cerita, UKS ni hanya diadakan 1 kali setahun. UKS dibuat untuk pengambilan murid tahun 1 di semua Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) seliaan JAIS.

syarat-syarat kemasukan dan tips-tips peperiksaan dah masuk dalam entry lepas kat sini

peperiksaan bagi pengambilan tahun 1 bagi sesi 2016 telah diadakan pada 20 Jun 2015 (sabtu) lepas... yes!bulan puasa haritu laa..

syarat berpuasa penuh tidak dikenakan sewaktu menduduki exam ye ibu-ibu semua...jangan risau sangat ye ;p

ibu bapa diberitahu semasa taklimat, keputusan peperiksaan adalah muktamad. dijangka akan diumumkan pada 6 Julai 2015. bila cek hari tu result tak diumumkan lagi macam dalam entry ni.

keputusan penuh dikeluarkan secara online adalah pada 9 Julai 2015.
sangat mudah, link untuk cek result kat sini. kalau tak puas hati boleh pergi cek senarai nama yang ditampal kat sekolah pulak...hiks!

kaedah nak cek online mudah sangat, hanya masukkan no surat beranak/ mykad calon. paling mudah pakai no surat beranak yang ada abjad CE, CD,CF tu...

alhamdulillah kakak berjaya!sungguh diluar jangkaan sebab time exam tu drama sangat kannnn...



apa pun, mama, papa dan boy sangat berbangga dengan kakak!
XOXO!!

Friday, 17 July 2015

Syawal 1436

assalamualaikum

salam lebaran untuk semua kenalan dan taulan
ampun maaf jika terkasar kata terguris hati


Wednesday, 15 July 2015

EXAM SRAI: Hari Kejadian

assalamualaikum

#throwback

cita sket pada hari kejadian...hari exam SRAI

semua calon perlu ada di sekolah 30minit lebih awal
kami pun bersiap siaga dari selesai sahur terus readykan diri memasing
haruslah mama dengan papa yang lebih excited.hiks!

tepat 7:35pagi kami sampai di perkarangan sekolah mencari parking, punya la ramai umat.
sebelum tu singgah dulu di stesen minyak sebab kakak diberi excuse sahur lewat puasa. makan la roti favorite dan air kosong.

Wednesday, 8 July 2015

Pssttt Result SRAI

assalamualaikum



nampak tak tahap debar die besorr mane...??

ibu,mommy,mama,ummi diluar sana macam mane?

hiks!


Thursday, 25 June 2015

Bubur Under Pressure

assalamualaikum

kes kakak demam haritu

mama sedih tengok kakak tak lalu makan, mama pun offer untuk buat bubur

kakak suka makan bubur time demam
boy pon melompat nak makan bubur baby

boy tu bagi la makan ape pon memang melompat!

sediakan bahan untuk masak:
1) 1 cawan beras
2) 3 cawan air
3) halia
4) haiwan pilihan
5) garam
6) kasih sayang secukup rasa ;P

mama masak pakai mr.bulat untuk elak hangussss
kalo masak atas gas selalu leka buat keje lain lepas tu tetiba bau hangitt!!

kesian anak mama nanti kena makan bubur hangit plak

Sunday, 21 June 2015

Telinga: Cara Penjagaan

assalamualaikum


nampak tak yang macam berkerak tu...
kakak mengadu sakit telinga.

nak sikat rambut terkena telinga sikit pon die mengaduh....heran
selalunya tak la sensitif sangat kann

biar dulu..

kakak demam..
panas 1-2 hari kebah
panas balik
pastu kebah sekajap
panas balik

dekat nak masuk 2 minggu macam tu....risau!

Thursday, 18 June 2015

Ramadhan 1436

assalamualaikum

ramadan ya marhabannn...



kisah bulan puasa 8 tahun lepas adalah yang paling best....30 hari mencari chenta gitttewww!

nanti la kalau senang kita bukak cite ek

alhamdulillah, insyallah tahun ini dapat puasa sebulan bersama hubby dan anak-anak ;)

Monday, 15 June 2015

Mee Goreng Periuk

assalamualaikum

hari ni nak kongsi kaedah penggunaan button browning plak.

yes browning tu dengar macam nak bagi hangus kan, tapi tak la...

option browning ni macam option bukak api dapur tahap yang paling panas

bezanya pakai electric pressure cooker ni tak la hangus terbakar sangat macam pakai kuali atas stove!

step memasak yang biasa adalah:

1)sediakan bahan-bahan:
    1 cawan mee
    1/2 cawan ayam/udang/sotong...ikut sedap tekak sendiri
    2 sudu cili boh...nak pedas lebih boh banyak sket ;p
    1 sudu oyster sos,tomato sos, cili sos
    1 cawan sayur pilihan
    3 sudu kicap kipas udang
    kasih sayang secukup rasa!

2)masuk semua bahan untuk tumis dalam periuk then tekan butang menu sampai lampu kelip-kelip menyala dekat option browning then tekan button start!

sekali lampu kelipnye tak nampak daaaaa

Monday, 1 June 2015

Ujian Kelayakan SRAI (UKS)

budak-budak sekarang memang banyak kena belajar cepat...!

rasenye semua sekolah pon sekarang kena buat test sebelum mula tahun satu kan...?

tujuan yang paling biase dengar ialah untuk tentukan kelas... senang la nanti cikgu-cikgu dan cikgi-cikgi nak mengajar mengikut tahap dan keperluan murid kan..

kalo kira zaman dolu-dolu belajar, tahun 1-3 kelas main campur je.. start tahun 4 baru diasing mengikut tahap-tahap yang ditetapkan... elok je jadi orang kan. hiks!

kad daftar masuk yang dapat selepas pendaftaran dibuat


Sunday, 17 May 2015

Maths & Science Theme

assalamualaikum

mengumumkan, perarakan masuk kontingen sukan Little Chaliph berarak masuk...!!
dengan semangat bebudak ni berjalan masuk....well done teachers!

alkisah hari sukan LC Sri Petaling

kakak teruja (ayat budak sekarang) sangat!

Thursday, 14 May 2015

Tips : Soalan Latihan UKS

assalamualaikum

ingat tak entry pasal SRAI :

pendaftaran-srai-tahun-2016

srai-vs-sk

nak share tips latihan untuk anak-anak pulak

lepas register hari tu, godek la cari bahan latihan sebagai persediaan berperang...hiks!

alhamdulillah ade jiran yang sudi tolong belikan contoh soalan latihan di sekolah tu jugak, sebab time nak pergi beli tu dah abes. sold out!

untuk panduan awal boleh baca disini

sebab ape yang nak kena perang teruk nih?

subjek yang akan disoal banyakkkkk....untuk budak 6 tahun!




Thursday, 30 April 2015

Sup Tulang Cepat


Bismillahirahmanirrahim...

perasmian mr.bulat yang disayangi ;p

menu simple sebab baru nak belajar pakai kan....kang menu tak menjadi salahkan mr.bulat plak. hiks!

bahan-bahan untuk resepi sup tulang boleh tengok kat myresepi

bezanya tang kaedah masak dan langkah-langkah menuju kejayaan je....kihkihkih

cara memasak guna mr.bulat:

1) masukkan sume bahan-bahan tadi dalam periuk (daging/tulang/bawang/kentang/perencah sup....ikut sedap tekak memasing la ye!) macam ni...



2) masukkan air secukup rasa....



3) switch on  nanti akan ada lampu kelip-kelip dekat low pressure tu, tekan button menu sampai lampu kelip tu dekat high pressure mode...

4) tekan button time untuk set 35 minit hingga 45 minit untuk daging/tulang lembu.

lampu kelip tu tak nampak plak masa amek gamba ni ;p

5) tutup periuk (ade bunyi click)elok-elok. tetapkan vavle pada pressure. tekan start!



bebola merah tu akan naik ke atas bile high pressure mode 


selepas 35-45 minit...bip bip  sup dah siap!

lampu kelip tu automatik akan ke keep warm...

untuk switch off,

boleh tekan button start/cancel button untuk lower down pressure naturally dalam 3 minit (sampai bunyi click tanda penutup dah boleh bukak)

kalo tak sabo boleh pusing valve untuk function release. hati-hati wap yang keluar panas wooo

bukak penutup, tambah garam, perahan limau dan sayuran yang digemari macam ni...



sayur kena letak last supaya tak lembik, ikut sunnah garam pon letak last untuk kekalkan KCl...giteww!

sementara nak hidang nasi dan lain-lain tutup penutup periuk sekejap untuk layukan sayur.

komen kakak ngan boy, sedap la mama masak!daging die lembut sangat..;)

dengan ini diisytiharkan bahawasanya mr.bulat akan menjadi teman setia dapur suri!

Tuesday, 28 April 2015

Pendaftaran SRAI Tahun 2016

PERHATIAN!!

bukan marah tu, nak bagi mata bukak luas sket.. masa dah time untuk daftar srai

setelah puas survey pasal srai pada entry lepas, tak kan nak lepas peluang begitu saja kan

yang penting apply dulu, dapat xdapat belakang cite. hiks!

tarikh tutup adalah 30 April 2015 ye ibu ibu, bapak bapak...






dokumen yang diperlukan seperti berikut:
1) borang pendaftaran
2) borang permastautin (jika bapa bukan kelahiran selangor/alamat ic bukan selangor)
3) salinan surat beranak yang telah disahkan
4) salinan pendaftaran sk (yang register online tu...) yang telah disahkan
5) sampul surat beralamat sendiri dan stem (boleh beli kt sekolah time hantar borang)

syarat kemasukan srai boleh baca kat sini


selamat mendaftar semua

SRAI vs SK

SRAI ni singkatan untuk Sekolah Rendah Agama Integrasi. Alhamdulillah sekarang dah banyak sekolah yang seumpamanya. SRAI adalah sekolah dibawah seliaan kerajaan negeri selangor (JAIS).

untuk mengetahui senarai srai bukan jenis serai yang ada ;p yang ada boleh ke sini...

kebaikan:
1) sekolah 1 sesi dari tahun satu sampai tahun enam
2) sekolah kebangsaan dan sekolah agama satu tempat (sekolah yang sama)
3) waktu persekolahan yang sama sepanjang tahun 1 hingga 6 iaitu 7:30 pagi hingga 4 petang (isnin- khamis) 7.30 pagi hingga 12 tengahari (jumaat)
4) makan tengahari disediakan (bayaran bulanan yang berpatutan)
5) ...... sambung sendiri k..;p

Silibusnye seperti berikut, insyallah semua lengkap KBSR/SRA/KO-Kurikulum...





srai yang kami berkenan untuk register kakak next year adalah SRAI Seksyen 19, moga dipermudahkan...amiinn!

gambar credit pada mikamusz





Thursday, 16 April 2015

Sky Cab # Langkawi


cerita jalan langkawi x abess lagi.... ;)

SkyCab a.k.a cable car ni rupa bentuk same je mcm cable car yang di genting highland tu, yang menariknye skycab  ni menghubungkan Burau Bay Resort ke Gunung Mat Cincang dan jarak keseluruhan adalah 2.2Km.

harga tiket seperti berikut:

Skycab + Skydome

Adult = rm35
Kids = rm 25

Dewasa Mykad = rm 20
Kids Mykid = rm15

Sebelum naik skycab tu memang akan  ke laluan skydome dulu

kalo nak tau skydome tu ape, uols kena try dulu la...gittew



after like 10mins enjoy dalam skydome tu semua boleh proceed untuk naik gondola...

part ni yang best kan..

seriau! perkataan paling tepat untuk gambarkan...ade gak orang yang takut naik gondola tu
kalo tak mau takut, jangan pandang bawah la time gondola tu gerak...kihkihkih

boy n kakak naik tak perasaan!

si boy tu boleh bantai tido dalam gondola time nak turun bawah balik



bagi yang malas beratur boleh pay extra rm50 utk ke express lane!

hari tu orang tak la ramai sangat, almaklumla...cuti sekolah dah berakhir dan LIMA' 15 pun dah tamat.

so tak la lama sangat we all beratur.

Yang menarik pasal SkyCab@Langkawi:

Jarak mendatar : 2079 m

Kenaikan menegak : 680 m

Jarak condong : 2158 m

Diameter tali Haul : 50 mm

Diameter roda Bull : 6.10 m

Bil. penumpang per gondola : 6 orang

Kelajuan maxima : 5 m/s

Kelajuan operasi : 3 m/s

Jumlah masa Perjalanan : 28 minit klo lepak lame kat atas tu sambil-sambil teropong tengok pulau memang lebih 1 jam la

Bil. stesen : 3

dekat setiap stesen tu kita boleh turun dan ambil angin luar...pastu boleh beratur naik balik tanpa beli tiket baru

tak sama macam kt genting tu...kalo kt genting kan tak ade stesen untuk amek angin!

tips untuk hilangkan takut sebelum/selepas naik skycab adalah shopping dulu dekat sky village tuh ;P

Selamat mencuba!


Tuesday, 7 April 2015

Roller Orb # Langkawi

enjoy sungguh dua orang ni
bagi yang belum pernah dengar pasal roller orb ni, inilah bendanya... kan selalu ade dalam game show tu tapi tak tau namemye kannn

masa jalan-jalan ke cable car@langkawi  terjumpa la benda ni. ape lagi kakak eksited la...tak sabar2 nak naik.

bila survey harga tiket terus papa bagi green light.

meleret senyum kakak nak pulak ade yaya peneman!

boy tak  join, sebab ketiduran...letih sepanjang hari main kan



agak reasonable la price:

adult = rm10
kids = rm 5

adult in pairs = rm 18 (diskaun rm2) ;)

price same je untuk roller orb dan water orb.

safety first, life jacket is a must. giteww!
Add caption
belom masuk air lagi dah sakan bergolek2.

kakak and yaya ni jarang2 jumpa, tapi klo berjumpa dorg punye kamcing sampi boy diketepikan..


benda ni tak merbahaya walaupun die ade opening sebab dekat opening tu die macam ade bendul sket, kire kena langkah dulu untuk masuk dan keluar.

lagipun budak umur 3tahun ke atas je yang dibenarkan...dah besar ni boleh paham sket nak main benda2 macam ni kan.

cara nak mainnya, bile dah masuk dalam air tu boleh la start berlari kt dalam tu.

kira macam jogging la.

sekali pandang macam hamster pon ade! hiks.

apa2 lah janji uols enjoy kan.



yang water orb ni pon dorang try jugak...

alang2 katenye kan

sebenarnye mase main roller orb tu, tak sampai 5min yaya dah nak keluar.

ingatkan sebab dah penat giveup sebab asik die je jogging

rupanya die nak gi toilet. gelak semua yang duduk kt tepi tasik tu dengar!

so lepas tu sambung dengan water orb plak.


water orb ni tak dishorkan sangat sebab dalam belon tu dorang letak angin untuk kembungkan then sampai 1 point akan mudah rasa lemas sbb tertutup sngt.

kakak komplen tak bleh nafas!

bagus jugak, sebab cepat sket boleh balik. hiks!

bagi yang nak mencuba boleh la ke cable car@langkawi pastu gi jalan area tasik tu.