Thursday 30 April 2015

Sup Tulang Cepat


Bismillahirahmanirrahim...

perasmian mr.bulat yang disayangi ;p

menu simple sebab baru nak belajar pakai kan....kang menu tak menjadi salahkan mr.bulat plak. hiks!

bahan-bahan untuk resepi sup tulang boleh tengok kat myresepi

bezanya tang kaedah masak dan langkah-langkah menuju kejayaan je....kihkihkih

cara memasak guna mr.bulat:

1) masukkan sume bahan-bahan tadi dalam periuk (daging/tulang/bawang/kentang/perencah sup....ikut sedap tekak memasing la ye!) macam ni...



2) masukkan air secukup rasa....



3) switch on  nanti akan ada lampu kelip-kelip dekat low pressure tu, tekan button menu sampai lampu kelip tu dekat high pressure mode...

4) tekan button time untuk set 35 minit hingga 45 minit untuk daging/tulang lembu.

lampu kelip tu tak nampak plak masa amek gamba ni ;p

5) tutup periuk (ade bunyi click)elok-elok. tetapkan vavle pada pressure. tekan start!



bebola merah tu akan naik ke atas bile high pressure mode 


selepas 35-45 minit...bip bip  sup dah siap!

lampu kelip tu automatik akan ke keep warm...

untuk switch off,

boleh tekan button start/cancel button untuk lower down pressure naturally dalam 3 minit (sampai bunyi click tanda penutup dah boleh bukak)

kalo tak sabo boleh pusing valve untuk function release. hati-hati wap yang keluar panas wooo

bukak penutup, tambah garam, perahan limau dan sayuran yang digemari macam ni...



sayur kena letak last supaya tak lembik, ikut sunnah garam pon letak last untuk kekalkan KCl...giteww!

sementara nak hidang nasi dan lain-lain tutup penutup periuk sekejap untuk layukan sayur.

komen kakak ngan boy, sedap la mama masak!daging die lembut sangat..;)

dengan ini diisytiharkan bahawasanya mr.bulat akan menjadi teman setia dapur suri!

No comments:

Post a Comment