Thursday 30 April 2015

Sup Tulang Cepat


Bismillahirahmanirrahim...

perasmian mr.bulat yang disayangi ;p

menu simple sebab baru nak belajar pakai kan....kang menu tak menjadi salahkan mr.bulat plak. hiks!

bahan-bahan untuk resepi sup tulang boleh tengok kat myresepi

bezanya tang kaedah masak dan langkah-langkah menuju kejayaan je....kihkihkih

cara memasak guna mr.bulat:

1) masukkan sume bahan-bahan tadi dalam periuk (daging/tulang/bawang/kentang/perencah sup....ikut sedap tekak memasing la ye!) macam ni...



2) masukkan air secukup rasa....



3) switch on  nanti akan ada lampu kelip-kelip dekat low pressure tu, tekan button menu sampai lampu kelip tu dekat high pressure mode...

4) tekan button time untuk set 35 minit hingga 45 minit untuk daging/tulang lembu.

lampu kelip tu tak nampak plak masa amek gamba ni ;p

5) tutup periuk (ade bunyi click)elok-elok. tetapkan vavle pada pressure. tekan start!



bebola merah tu akan naik ke atas bile high pressure mode 


selepas 35-45 minit...bip bip  sup dah siap!

lampu kelip tu automatik akan ke keep warm...

untuk switch off,

boleh tekan button start/cancel button untuk lower down pressure naturally dalam 3 minit (sampai bunyi click tanda penutup dah boleh bukak)

kalo tak sabo boleh pusing valve untuk function release. hati-hati wap yang keluar panas wooo

bukak penutup, tambah garam, perahan limau dan sayuran yang digemari macam ni...



sayur kena letak last supaya tak lembik, ikut sunnah garam pon letak last untuk kekalkan KCl...giteww!

sementara nak hidang nasi dan lain-lain tutup penutup periuk sekejap untuk layukan sayur.

komen kakak ngan boy, sedap la mama masak!daging die lembut sangat..;)

dengan ini diisytiharkan bahawasanya mr.bulat akan menjadi teman setia dapur suri!

Tuesday 28 April 2015

Pendaftaran SRAI Tahun 2016

PERHATIAN!!

bukan marah tu, nak bagi mata bukak luas sket.. masa dah time untuk daftar srai

setelah puas survey pasal srai pada entry lepas, tak kan nak lepas peluang begitu saja kan

yang penting apply dulu, dapat xdapat belakang cite. hiks!

tarikh tutup adalah 30 April 2015 ye ibu ibu, bapak bapak...






dokumen yang diperlukan seperti berikut:
1) borang pendaftaran
2) borang permastautin (jika bapa bukan kelahiran selangor/alamat ic bukan selangor)
3) salinan surat beranak yang telah disahkan
4) salinan pendaftaran sk (yang register online tu...) yang telah disahkan
5) sampul surat beralamat sendiri dan stem (boleh beli kt sekolah time hantar borang)

syarat kemasukan srai boleh baca kat sini


selamat mendaftar semua

SRAI vs SK

SRAI ni singkatan untuk Sekolah Rendah Agama Integrasi. Alhamdulillah sekarang dah banyak sekolah yang seumpamanya. SRAI adalah sekolah dibawah seliaan kerajaan negeri selangor (JAIS).

untuk mengetahui senarai srai bukan jenis serai yang ada ;p yang ada boleh ke sini...

kebaikan:
1) sekolah 1 sesi dari tahun satu sampai tahun enam
2) sekolah kebangsaan dan sekolah agama satu tempat (sekolah yang sama)
3) waktu persekolahan yang sama sepanjang tahun 1 hingga 6 iaitu 7:30 pagi hingga 4 petang (isnin- khamis) 7.30 pagi hingga 12 tengahari (jumaat)
4) makan tengahari disediakan (bayaran bulanan yang berpatutan)
5) ...... sambung sendiri k..;p

Silibusnye seperti berikut, insyallah semua lengkap KBSR/SRA/KO-Kurikulum...





srai yang kami berkenan untuk register kakak next year adalah SRAI Seksyen 19, moga dipermudahkan...amiinn!

gambar credit pada mikamusz





Saturday 25 April 2015

Electrolux Pressure Cooker


Semuanya salah HLK sape suruh buat sale sangat!!

worth to cekidaud sale kat sini

asalnya niat nak pergi sale ni nk survey beli cooker hood + hob + oven. objektif asal tu accomplish cuma disebabkan sale tu terjumpa la pulak pressure cooker yang diidamkan. hiks!

memperkenalkan bulat yang disayangi...okeh, puas hati jumpa cooker ni sebab rupa lebih kurang sama dengan Cuisinart yang dah cite dalam entry lepas kan..





dalam kotak tu complete dengan semua accessories dibawah.... 

1pc each of these; pot, valve, trivet, rubber sealed, sealing cover, lid, steam collector, cable.

pot
valve
steam collector

sealing cover
cable

caption
trivet


rubber sealed

harga sibulat lepas diskaun rm 356....whoaaa memang rezeki nak dapat kannn ;p

baki stok ade 2 kotak je lagi, orang punye la ramai...kotak yang memula ambil tu ade defect sket. jadi ambek la yang kotak satu lagi ni...yeaaayy!

alhamdulillah....puas hati sangat sebab dapat dengan harga yang sangat berbaloi.

tq HLK sale,
sambil menyelam minum air, 
lain kali saya datang lagi..hiks!

periuk dah dapat, masaknye bile?? ;p
















Wednesday 22 April 2015

# Plan




ehemm...nk share sikit tips untuk buat plan rumah macam yang sifu khairunnisa ajar kat sini...

fiza nak cite atas dasar pengalaman sendiri je..

1) Photo copy pelan asal
2) kenal pasti ruang yang ingin ditambah/diubahsuai (boleh draw dekat pelan asal yg kita buat copy tu untuk lebih nampak)
3) anggaran keluasan ruang tersebut
4)cadangan bajet yang sesuai (harga semasa antara rm100-120 /psft) selalu bab bajet yang no 1 kan ;p


Ni plan yang draw sendiri tu, Cadangnye nak tambah tepi untuk besarkan kitchen dan dining. Ikut bajet below rm100k. Keluasan anggaran 20 x 30.

Sekali bile kiraan terperinci dibuat termasuk finshing semua keluasan tu kena dikurangkan sedikit.

Iyelah, klo over bajet nanti poket sendiri jugak koyak. ;p

Monday 20 April 2015

# Sarang Suri




Bismillahirahmanirrahim...

upacara pecah tanah untuk mula kerja yang penuh habuk huk huk huk!


Friday 17 April 2015

Electric Pressure Cooker

nak tau tak, dah lame teringin nak beli electric pressure cooker 

alaaaa pressure cooker tu yang untuk rebus daging bagi cepat lembut tu

selalu kan pressure cooker yang jenis masak pakai gas atas api, tapi yang ni jenis pakai elektrik macam periuk nasi.

memula survey yang noxxa dari amway...harga rm 600 paling murah penah survey! hambekkk..

bile pergi sendiri ke amway untuk tengok produk, jadi tak berkenan sebab harga tak secantik rupa gitewww!

gambaran rupa nya macam ni...

lepas tu jumpa yang made in malaysia plak kat lazada...
Midea rm 399.0
 midiea ni banyak sangat button spesific...rase macam tak bape nak pakai plak button yang banyak tu
Philips rm 459.00 after 43% less
philips ni pun banyak button spesific jugak, harga agak berpatutan dan rupa agak menarik.

tapi...

hasil carian mr.google plak jumpa rupa yang lebih menawan, menarik, tertarik!...brand Cuisinart

brand ni plak tak ada kat malaysia...keciwa ;(

fungsi button yang simple, rupa menarik cuma harga je tak tau la.... klo convert rm 300++ shipping bagai ntahnye lebih pada harga noxxa lagi. hiks!

suka yang jenis ni sebab murah, cantik, cantik!!!

ape kan daya, kalo tido malam mimpi periuk ni kena beli online ke macam mane?? hahahhaa










Thursday 16 April 2015

Sky Cab # Langkawi


cerita jalan langkawi x abess lagi.... ;)

SkyCab a.k.a cable car ni rupa bentuk same je mcm cable car yang di genting highland tu, yang menariknye skycab  ni menghubungkan Burau Bay Resort ke Gunung Mat Cincang dan jarak keseluruhan adalah 2.2Km.

harga tiket seperti berikut:

Skycab + Skydome

Adult = rm35
Kids = rm 25

Dewasa Mykad = rm 20
Kids Mykid = rm15

Sebelum naik skycab tu memang akan  ke laluan skydome dulu

kalo nak tau skydome tu ape, uols kena try dulu la...gittew



after like 10mins enjoy dalam skydome tu semua boleh proceed untuk naik gondola...

part ni yang best kan..

seriau! perkataan paling tepat untuk gambarkan...ade gak orang yang takut naik gondola tu
kalo tak mau takut, jangan pandang bawah la time gondola tu gerak...kihkihkih

boy n kakak naik tak perasaan!

si boy tu boleh bantai tido dalam gondola time nak turun bawah balik



bagi yang malas beratur boleh pay extra rm50 utk ke express lane!

hari tu orang tak la ramai sangat, almaklumla...cuti sekolah dah berakhir dan LIMA' 15 pun dah tamat.

so tak la lama sangat we all beratur.

Yang menarik pasal SkyCab@Langkawi:

Jarak mendatar : 2079 m

Kenaikan menegak : 680 m

Jarak condong : 2158 m

Diameter tali Haul : 50 mm

Diameter roda Bull : 6.10 m

Bil. penumpang per gondola : 6 orang

Kelajuan maxima : 5 m/s

Kelajuan operasi : 3 m/s

Jumlah masa Perjalanan : 28 minit klo lepak lame kat atas tu sambil-sambil teropong tengok pulau memang lebih 1 jam la

Bil. stesen : 3

dekat setiap stesen tu kita boleh turun dan ambil angin luar...pastu boleh beratur naik balik tanpa beli tiket baru

tak sama macam kt genting tu...kalo kt genting kan tak ade stesen untuk amek angin!

tips untuk hilangkan takut sebelum/selepas naik skycab adalah shopping dulu dekat sky village tuh ;P

Selamat mencuba!


Sunday 12 April 2015

Tak Cukup!!

dah namenye manusia ;p

tapi klo nak tunggu pindah baru nk buat kerja-kerja reno sana sini memang leceh la kan..

nak pulak nature kehidupan yang selalu kena tinggal dek kepala keluarga...
wahhh kepala ye...ko ingat ko sorang je yang selalu kena tinggal dengan laki.

setelah bincang gado bincang gado...akhirnya kata sepakat dibuat untuk melantik kontraktor yang agak full package (design+submissions+build) dengan bajet kami
yang penting bajet tu...hahahaha

kontraktor yang kami pilih adalah Constructix Design Build 

bab bajet ni aku gelak sebab 2-3 kali tukar setting bajetnye

almaklumla...duit banyak nk pakai kan so kena la setting bebetul

jom layan design idea hasil gugel...


Master bedroom yang simple yet practical

Bilik tamu yang warm..

pilihan si boy and kakak

kombinasi color idaman

huaarrrggghhhh.....

dah bagun tido kan!

ketahuilah untuk membezakan mimpi dan impian terdapat lapisan usaha yang sangat nipis...

Tuesday 7 April 2015

Roller Orb # Langkawi

enjoy sungguh dua orang ni
bagi yang belum pernah dengar pasal roller orb ni, inilah bendanya... kan selalu ade dalam game show tu tapi tak tau namemye kannn

masa jalan-jalan ke cable car@langkawi  terjumpa la benda ni. ape lagi kakak eksited la...tak sabar2 nak naik.

bila survey harga tiket terus papa bagi green light.

meleret senyum kakak nak pulak ade yaya peneman!

boy tak  join, sebab ketiduran...letih sepanjang hari main kan



agak reasonable la price:

adult = rm10
kids = rm 5

adult in pairs = rm 18 (diskaun rm2) ;)

price same je untuk roller orb dan water orb.

safety first, life jacket is a must. giteww!
Add caption
belom masuk air lagi dah sakan bergolek2.

kakak and yaya ni jarang2 jumpa, tapi klo berjumpa dorg punye kamcing sampi boy diketepikan..


benda ni tak merbahaya walaupun die ade opening sebab dekat opening tu die macam ade bendul sket, kire kena langkah dulu untuk masuk dan keluar.

lagipun budak umur 3tahun ke atas je yang dibenarkan...dah besar ni boleh paham sket nak main benda2 macam ni kan.

cara nak mainnya, bile dah masuk dalam air tu boleh la start berlari kt dalam tu.

kira macam jogging la.

sekali pandang macam hamster pon ade! hiks.

apa2 lah janji uols enjoy kan.



yang water orb ni pon dorang try jugak...

alang2 katenye kan

sebenarnye mase main roller orb tu, tak sampai 5min yaya dah nak keluar.

ingatkan sebab dah penat giveup sebab asik die je jogging

rupanya die nak gi toilet. gelak semua yang duduk kt tepi tasik tu dengar!

so lepas tu sambung dengan water orb plak.


water orb ni tak dishorkan sangat sebab dalam belon tu dorang letak angin untuk kembungkan then sampai 1 point akan mudah rasa lemas sbb tertutup sngt.

kakak komplen tak bleh nafas!

bagus jugak, sebab cepat sket boleh balik. hiks!

bagi yang nak mencuba boleh la ke cable car@langkawi pastu gi jalan area tasik tu.