Wednesday 18 December 2013

Spotlight!!





Menurut kamus DBP ia memberi maksud lampu yang terang dan memfokuskan pada sesuatu kawasan. Kebiasaanya spotlight banyak digunakan untuk menerangi background pentas bagi sesebuah pertunjukkan atau persembahan.
Jenis lampu stadium
Jenis sebegini biasa diletakkan dihadapan pagar rumah atau bangunan.





Untuk kegunaan dalam rumah sebagai downlight

Lampu suluh pengantin ;p

Kisah benar!!! jeng jeng jeng...lampu-lampu diatas adalah merbahaya dan panas. Minggu lepas kami sekeluarga menghadiri majlis perkahwinan sepupu di Kuantan. Si kakak seronok dan excited sebab dapat baju baru dan tugasan baru sebagai flower girl. Adik nye pon turut serata mengendeng untuk bergambar. Nak jadi flower boy jugak la kononye. Haii laa adik, lain pulak jadinye.


Saat seronok bergambar.

Suke sangat, gambar sebelum kejadian ;p
Semua seronok sangat bergambar, tak sedar masa bila adik (boy yang duduk kt depan) dah merayap-rayap ke bahagian belakang sebelah tepi pelamin yang ade lampu tu.Tau tau dah menjerit panas! sampai gula-gula dalam mulut pun terkeluar dek kerana meraung tak boleh nak tutup mulut. Bederau darah sebab takut die pecahkan apa-apa barang dan tangan berdarah. Bermula la sesi memujuk sambil first aid dicapai. Haiii laa anak!

Tengokla kesan melecur kt tapak tangan tu.
Sekarang kawasan yang mengembung tu dah terkopek. Ngeri sangat nak letak ubat.
Kenapa lampu spotlight panas? Jika dibandingkan dengan lampu kalimantang yang biasa diguna dirumah, lampu tersebut mempunyai gas pendaflour yang akan menghasilkan cahaya tampak selepas wap raksa teruja oleh arus elektrik yang dialirkan. Manakala lampu spotlight menghasilkan cahaya melalui filamen yang panas kerana terdapat aliran elektrik. Bahasa mudah disini, lampu kalimantang menggunakan kadar elektrik yang minima untuk menghasilkan cahaya manakala lampu spotlight menggunakan elektrik secara terus untuk menghasilkan cahaya yang terang dan terfokus. Oleh yang demikian, lebih lama lampu spotlight dipasang, permukaanya akan menjadi lebih panas berbanding lampu kalimantang. Walaubagaimanapun, dinasihatkan supaya kanak-kanak tidak memegang atau bermain dengan mana-mana jenis lampu yang mungkin akan mendatangkan bahaya lain.


Untuk keselamatan gunalah lampu sorot jenis yang ada pagar dibahagian lampu permukaan lampu tersebut.
Safety First! ;D













Wednesday 27 November 2013

Kenapa Blogging?

Selama ini saya hanya gemar menjadi silent reader (pembaca dalam senyap). Membaca memang hobi sepanjang zaman disamping hobi-hobi lain yang datang bermusim atau mengikut masa yang sesuai. Lama kelamaan saya mula terfikir bagaimana kalau saya sendiri yang berblogging dan apa yang saya coretkan boleh dikongsi dengan semua pembaca. Rasa macam seronok juga,terus list berikut beratur dalam minda:

1.Apa yang ingin dikongsi?
2.Tujuan perkongsian?
3.Faedah perkongsian?
4.Bagaimana perkongsian yang baik boleh dibuat?
5.Macamana nak mula berkongsi?

Hasil dari penelitian dan pertimbangan buah fikiran yang ada, saya mula merangaka-rangka idea yang sesuai. Idea-idea tersebut masih tidak diluahkan kerana saya masih cuba meyakinkan diri sendri untuk mula blogging sehingga saya bertemu dengan blog kak nisa  http://khairunnisahamzahara.blogspot.com . Dari blog Panduan Untuk Kediaman Idaman, saya mendapat keyakinan diri untuk teruskan niat blogging. Terima Kasih atas panduan yang diberikan.

                     Hobi tetap adalah menikmati makanan yang sedap!!

p/s: untuk pembaca yang perlukan bimbingan menulis atau blogging seperti saya sila klik SINI

Wednesday 13 November 2013

Hijrah 1435


                                                               keluarga kecil kami




Salam perkenalan saya hulurkan kepada semua pembaca blog yang baru saya buka ini.

Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri sebagai fizahafaz. Seorang isteri dan ibu kepada 2 cahaya mata setakat ini.Mana lah tau ade rezeki lain selepas ini. Saya perlu akui yang saya tidak mempunyai bakat semulajadi untuk menulis, bidang kreatif dan kerja-kerja seni. Pendek kata memang buta seni la. Minat lebih terarah pada bidang teknikal dan lebih cenderung untuk meminati perkara berkaitan fakta dan sains. Semenjak menggalas tanggungjawab sebagai isteri dan ibu, saya lebih berminat untuk mengumpul dan mencuba resepi baru yang boleh dipraktik terus.

Pada mulanya saya merasa sukar untuk menulis, mujur minat membaca yang mendalam sejak kecil sedikit sebanyak dapat membantu memberi idea menulis maka lahirlah blog Bukan Sekadar Surirumah ini. Saya sedar pada zaman celik it ini surirumah sekarang bukan hanya sekadar surirumah.Disini saya berhasrat untuk mengasah bakat menulis dan berkongsi apa sahaja yang boleh memberi manfaat buat semua pembaca.


Sekian dahulu, xoxo