Monday 24 March 2014

Kulat Yang Sedap



Tetibe cite pasal makan plak ni...mood lapar datang menjengah. Harini nak kongsi kebaikan cendawan atau kulat yang jarang-jarang dihidangkan.

Semua jenis cendawan adalah tumbuhan yang dijadikan oleh Maha Pencipta mengandungi nutrient yang dapat menambah insulin dalam badan. 

Insulin pula merupakan hormon semula jadi yang dihasilkan oleh organ badan yang dinamakan pankreas. Pendek kata semua orang yang mempunyai pankreas (in case kot ade yang dah operate buang) dalam badan boleh control kandungan gula dalam darah.

Bezanya, insulin yang dihasilkan mencukupi atau tidak bagi mengawal kandungan gula yang dok makan hari-hari tuh. Lebih banyak gula diambil lebih kuat pankreas bekerja untuk menghasilkan insulin. Cara mudah, makan la sayur cendawan untuk meringankan kerja pankreas kita.

Bila kandungan gula dalam darah dapat dikawal dengan baik maka terhindarlah kita dari penyakit kencing manesss, lemah jantung dan buah pinggang a.k.a 3 serangkai.. insyaallahh



Waaa...nampak berselera kan sayur sup cendawan tu.

Biasanya cendawan yang mudah didapati dan senang dimasak adalah jenis tiram (grey mushroom). Kalau dibuat cendawan goreng rangup memag tak sempat makan dengan nasi!

Untuk hidangan ala barat, cendawan jenis butang banyak digunakan terutama dalam mushroom soup dan hidangan spaghetti.

Perasan tak sekatang telah dikomersilkan hidangan cendawan goreng rangup. Siap terdapat dalam pelbagai flavor (black papper, cheese, honey dan original) menarik sungguh!

Mari kita bersama menikmati makanan dan menghindar penyakit dalam satu masa.
Jenis ni sedap buat sup!

Sampai jumpa lagi, selamat menikmati hidangan tengahari semua.




No comments:

Post a Comment